PPKS LUTONG, MIRI

Skilling the Nations Future...

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Ceramah Kerjaya dan Pameran Pendidikan di SMK PATIAMBUN

E-mail Print PDF

Miri: Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Miri telah melibatkan diri dalam Ceramah Kerjaya dan Pameran Pendidikan yang diadakan selama 1 hari di Sekolah Menenengah Kebangsaan Patiambun (SMK Patiambun) Limbang pada 25 September 2013 yang lalu.

Pameran yang dianjurkan oleh SMK Patiambun itu bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar mengenai pelbagai program kemahiran dan akademik yang ditawarkan di PPKS dan ICATS Miri.

Pameran Pendidikan yang turut melibatkan seluruh pelajar tingkatan 5 dan sesi kaunseling kerjaya telah diberikan kepada para pelajar untuk mendedahkan mereka mengenai peluang kerjaya dalam bidang kemahiran.

PPKS Miri juga telah mengambil peluang ini untuk mengambil data pelajar dan menerima permohonan kemasukan daripada para pelajar SMK Patiambun untuk kemasukan Sesi Januari pada tahun hadapan.

En. Wan Ishak Wan Hadenan sedang menyampaikan ceramah-ceramah mengenai latar belakang PPKS Miri dan kursus-kursus yang ditawarkan

 

Antara pelajar-pelajar yang turut hadir menyertai Ceramah Kerjaya dan Pameran Pendidikan tersebut

 

PPKS Miri menyertai Program Promosi Pendidikan Teknikal Anjuran TEGAS

E-mail Print PDF

Miri: Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Miri telah menyertai Kempen Promosi Pendidikan Teknikal anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) yang diadakan pada 25 September 2013yang lalu.

Program ini telah bermula dari jam 08.00 pagi sehingga jam 01.00 tengahari. Dianggarkan 10 buah pusat latihan teknikal turut menghadiri program tersebut.

Program in turut disertai oleh seramai 4 orang kakitangan PPKS Miri yang diketuai oleh En. Wan Ishak Wan Hadenan selaku Pegawai Hal Ehwal Pelajar PPKS Miri. Kakitangan-kakitangan lain yang telah terlibat termasuklah Ann Faustina, Jurinah dan juga Mark Erwin.

Penyerahan Cenderahati kepada Yang Berhormat Paulus Palu Gumbang, Adun N. 69 Batu Danau daripada En. Wan Ishak Wan Hadenan.

 

Penjelasan ringkas mengenai PPKS Cawangan Miri kepada Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat beramah mesra bersama kakitangan PPKS yang hadir

 

Pelajar-pelajar SMK Mendamit yang menghadiri Program di Dewan Masyarakat Mendamit anjuran Tegas.

 

Penerangan ringkas mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di PPKS kepada para pelajar yang telah dibuat oleh En Wan Ishak Wan Hadenan.

 

Aktiviti Kebajikan JPP PPKS Miri

E-mail Print PDF

Miri: Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) PPKS Miri telah mengadakan kutipan derma bagi salah seorang daripada pelajar bagi Kursus Diploma Kemahiran Elektronik Industri iaitu En. Freddy Jimbai yang telah kehilangan Ayah tercinta.

Kutipan derma yang disalurkan kepada pelajar tersebut adalah hasil daripada sumbangan seluruh Warga PPKS Miri. Penyerahan kutipan derma ini dibuat pada 10 September 2013.

Turut menyertai rombongan ini ialah En Wan Ishak Wan Hadenan dari Bahgian Hal Ehwal Pelajar dan juga wakil-wakil daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2013/2014 yang dipengerusikan oleh Cik Lily Ayum serta ahli jawatankuasa yang lain iaitu Clement, Syahrin, Joes dan Monaliza.

Penyerahan sumbangan daripada pihak Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Miri

 

PPKS Miri Sertai Pameran Kerjaya di SMK Kidurong, Bintulu

E-mail Print PDF

Miri: Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Miri telah melibatkan diri dalam pameran kerjaya yang diadakan di Sekolah Menenengah Kebangsaan Kidurong (SMK Kidurong) Bintulu pada 12 September 2013.

Pameran yang dianjurkan oleh SMK Kidurong itu bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar mengenai pelbagai program kemahiran dan akademik yang ditawarkan oleh pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Sehubungan itu, PPKS Miri telah mengadakan sesi kaunseling kerjaya dan khidmat nasihat kepada bakal-bakal pelajar yang memerlukan penerangan lanjut mengenai program yang ditawarkan.

Pelbagai program kemahiran dan akademik ditawarkan oleh PPKS Miri untuk para pelajar bagi membolehkan mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dan kebolehpasaran di dalam industri.

PPKS Miri juga telah mengambil peluang ini untuk menerima permohonan kemasukan daripada para pelajar SMK Kidurong untuk kemasukan sesi pada tahun hadapan.

Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Encik Wan Ishak memberikan penerangan dan pemberian cenderamata kepada Pihak SMK Kidurong


 

Mesyuarat Pertama Penubuhan dan Lantikan Jawatankuasa Alumni PPKS / i-CATS Miri 2013

E-mail Print PDF

Miri: Mesyuarat ALUMNI 2013 telah diadakan di PPKS/ICATS Miri pada 06 SEPTEMBER 2013. Seramai 28 orang bekas-bekas pelajar telah hadir Mesyuarat tersebut termasuk bekas-bekas pelajar yang telah menjadi kakitangan PPKS. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Wan Ishak Wan Hadenan iaitu Pegawai Hal Ehwal Pelajar PPKS/ICATS Miri. Puan Rosmawati Hj Priman (AAM) turut hadir pada Mesyuarat tersebut.

Mesyuarat ALUMNI ini julung-julung kali diadakan. Agenda utama Mesyuarat ini adalah untuk membuat pemilihan Ahli Jawatankuasa ALUMNI 2013. Ini merupakan lantikan pertama bagi Jawatankuasa ALUMNI PPKS Miri. Hasil daripada undian dibuat, OMARALIE BIN OTHMAN telah dilantik menjadi Pengerusi Pertama Jawatankuasa ALUMNI 2013. Beliau adalah bekas pelajar HND ICATS Miri dan telah belajar di Miri sejak Peringkat Sijil lagi iaitu pada tahun 2008.

Harapan pihak pengurusan agar Jawatankuasa ALUMNI sulung ini dapat berjalan aktif dengan mengadakan aktiviti tahunan seperti ALUMNI di institusi yang lain.

 

Gambar kenangan setelah mesyuarat diadakan

 

Kongsi pengalaman bersama Roziana, salah seorang bekas pelajar yang telah bertugas di i-CATS Miri

 


Page 5 of 13

Apply Online

Upcoming Events

Lawatan

  • PPKS Miri 5th Convocation (19 November 2013)

Who's Online?

We have 6 guests online